Wednesday, 9 January 2013

persoalan???~

entahlah..3 paper dah lepas..2 paper lg je menanti untuk dimusnahkan..wahahhaa...nak balik ke x esok ek??klau mcm ni baik tak payah balik..tapi duit x ada..baik balik..kurang2nya ada jugak makanan..tapi kan..kenapa hati rasa cam tak sedap je..kenapalah jadi macam ni ek???kenapa hati ni dah tak ada perasaan pada laki ek??mungkin ALLAH nak tunjuk sekarang ni bukan masa untuk bercinta kowt..tapi kadang2 sunyi...plus bosan..wallahu'alam~

Friday, 4 January 2013

hati ini~


Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku membuat kesilapan yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan hening di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam yang bertandang
Lalu ku biarkan ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu

::mendengar lagu nie, memg tepat kena pada diri sendiri~

Wednesday, 2 January 2013

assalamualaikum..

kenapa ngan aku sekarang ni..??? kenapa aku cepat emo??? kenapa airmata ni nak mengalir je?? kenapa ada rasa mcm ni??? sbb mr.MF ke?? tapi kan dah azam..aku rindu die..rindu sangat..kenapa aku jadi macam ni?? kenapa aku terasa macam ni?? selalu rasa macam ni kenapa?

wei su, bangunlah!!!! sedarlah!! ko hidup kat dunia ni bukan sebab cinta ok..cinta ALLAH lebih berharga,..

Tuesday, 1 January 2013

2013~

assalamualaikum..
sempena malam tahun baru ni..saje la nak mencoret sedikit kata..lebih kepada meluahkan rasa hati sebenarnya..malam ni diri ni tak seperti orang lain..kenapa?sebab kesalahan tak dimaafkan insan tersayang..sesungguhnya aku inginkan dia kembali..tapi mana ada orang nak teriima andai kita pernah melukakan hatinya..kerana pulut, santan binasa..kerana mulut, badan binasa.. jujur, bukan tak inginkan dia tapi keadaan memaksa..tapi tiada sesiapa yang memahami..nak buat macam mana lagi..suratan takdir..

andai kau tahu hati ni, mesti kau tak akan ragu untuk menerima kembali..waktu itu kau tak tahu betapa susahnya aku keseorangan menahan cemuhan atau sindiran..kau tak pernah tahu..kau pernah dan tak akan tahu..kerana semuanya hanya tersimpan di dalam hati ni selamanya..dan kau tak akan mengerti akan perasaanku..yang kau tahu, aku melukakanmu..

ini azam aku:
setelah berhari2 aku perlukan jawapan, tapi hingga ke malam tahun baru ini kau masih "sakit hati", aku tidak akan lagi menunggu..mungkin kau hanya boleh melupakan kesakitan itu apabila kau bertemu yang baru..maafkan aku..
aku tidak akan lagi menghubungimu..tetapi itu bukan bererti aku mahu melupakanmu..aku hanya ingin memberimu ruang untuk hidup dengan gembira selepas ketiadaanku..kerana aku tahu pada masa itu kau akan kosong dan akan menerima yang baru seterusnya melupakan kesakitan itu..
aku akan cuba hidup tanpamu..jujur, hati ini sangat inginkan kau kembali..andai masa boleh diundur kembali..akulah insan yang paling bahagia..dan aku akan buat kau juga begitu..tetapi kau terluka..dan aku tak lagi berpeluang menduduki hatimu..

kepada mr. MF,
diri ini sangat sayangkan dirimu..aku tahu tiada lagi peluang kedua..moga kau bahagia..kenangan kita tak akan aku lupa..kenangan itu tetap di dalam kotak fikiran..maka dengan ini, tirai cinta kita berlabuh sepertimana tirai 2012..hanya kenangan yang menjadi peneman..

Thursday, 20 December 2012

Thursday, 13 December 2012

khamis~

disebabkan hari khamis saya mempunyai satu sahaja kelas, jadi saya menghabiskan masa dengan tidur..sia-sia mak bapak hantar ke sini tapi saya menghancurkan kepercayaan yang diberi..apa la yang saya melalut ni..sebenarnya kerja assignment terlalu banyak untuk diceritakan..tetapi tak semua yang memerlukan hasil perseorangan..apakah yang anda rasa apabila diri anda digunakan untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan kehendak berkumpulan..mungkin bagi mereka yang mempunyai kelapangan adalah perkara mudah..tetapi bagi saya yang menurut arahan pihak atasan dalam sesetengah program dan tanggungjawab kepada kerja sambilan, masa yang terluang yang dimiliki adalah sangat terhad..

bukan merungut..ya, saya mengaku salah saya yang tidak mengenali ahli kumpulan,..tetapi beratkah untuk mereka menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai kerja temuramah...akhirnya laporan hanyalah disiapkan saya seorang dengan alasan saya tidak membuat kerja sebelumnya,,

Tuesday, 11 December 2012

solat TERAWIH a.k.a TAWARIH(upin ipin)

assalamualaikum..
mesti anda pelik kan bila saya post entri ni sebab terawih semua orang sedia maklum ianya ditunaikan di bulan Ramadhan sahaja.. tapi kenapalah anak pak din dan puan asmah ni menceritakan mengenai solat terawih pada kali ini..ala~~~ salah ke?bukan selalu pun..sekadar menambah ilmu dan menyebarkan ilmu..tak salah pun kan..lagipun saya baru lepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias..tajuk ceramah tu "di gigit jin" tapi secara keseluruhannya menceritakan mengenai solat sunat terawih..

dalam ceramah tu, ada disebutkan mengenai satu kisah ;
1) solat terawih adalah solat yang tenang-tenang.. orang sekarang ni suka mempertikaikan mengenai bilangan rakaat..apabila si A buat 8 rakaat, si B cakap buatlah 20 rakaat..pahala lebih sikit..padahal yang 20 rakaat solat macam bas ekspres..tanpa henti..laju bukan main..buatlah berapa rakaat..tetapi yang tidak boleh ialah mewajibkan perkara yang sunat...paling kurang terawih adalah 8rakaat..
2) janganlah kita pertikaikan orang yang solat 20 rakaat andai kita tak mampu solat 8rakaat seperti Nabi S.A.W solat 8 rakaat..sehingga Siti Aisyah r.a berkata "janganlah kamu tanya berapa lama nabi solat..satu rakaat Nabi solat 3 juzuk..kadang kala 5 juzuk.."

jadi, janganlah kita mempertikaikan ibadah orang lain..padahal hanya ALLAH sahaja yang boleh menilai ibadah seseorang...wallahu'alam~