assalamualaikum..
mesti anda pelik kan bila saya post entri ni sebab terawih semua orang sedia maklum ianya ditunaikan di bulan Ramadhan sahaja.. tapi kenapalah anak pak din dan puan asmah ni menceritakan mengenai solat terawih pada kali ini..ala~~~ salah ke?bukan selalu pun..sekadar menambah ilmu dan menyebarkan ilmu..tak salah pun kan..lagipun saya baru lepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias..tajuk ceramah tu "di gigit jin" tapi secara keseluruhannya menceritakan mengenai solat sunat terawih..
dalam ceramah tu, ada disebutkan mengenai satu kisah ;
1) solat terawih adalah solat yang tenang-tenang.. orang sekarang ni suka mempertikaikan mengenai bilangan rakaat..apabila si A buat 8 rakaat, si B cakap buatlah 20 rakaat..pahala lebih sikit..padahal yang 20 rakaat solat macam bas ekspres..tanpa henti..laju bukan main..buatlah berapa rakaat..tetapi yang tidak boleh ialah mewajibkan perkara yang sunat...paling kurang terawih adalah 8rakaat..
2) janganlah kita pertikaikan orang yang solat 20 rakaat andai kita tak mampu solat 8rakaat seperti Nabi S.A.W solat 8 rakaat..sehingga Siti Aisyah r.a berkata "janganlah kamu tanya berapa lama nabi solat..satu rakaat Nabi solat 3 juzuk..kadang kala 5 juzuk.."
jadi, janganlah kita mempertikaikan ibadah orang lain..padahal hanya ALLAH sahaja yang boleh menilai ibadah seseorang...wallahu'alam~
No comments:
Post a Comment