Friday, 7 December 2012

solat sunat ISTIKHARAH~~

assalamualaikum...solat sunat istikharah??apa tue???solat sunat istikharah ialah solat minta petunjuk..selalunya orang buat solat sunat ni untuk minta petunjuk bagi jodoh seseorang itu..tapi solat sunat ini adalah untuk minta petunjuk dalam segala perkara daripada Allah yang Maha Esa..nak tahu bagaimana nak laksakannya??macam ni~~

Lafaz niat:-
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala



Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun



Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas



Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t.

Bacalah doa yang mana ertinya~~

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”





No comments:

Post a Comment