Monday, 24 September 2012

tema: SOLAT TIANG AGAMA

korang tau tak beza solat dengan sembahyang???menurut cikgu tuisyen saya masa tingkatan tiga, solat ni maknanye ibadah yang dilakukan oleh orang Islam untuk mendekatkan diri dengan Penciptanya..solat hanya digunakan untuk orang Islam je...tapi sembahyang pulak digunakan oleh semua jenis agama..tak kira la buddha ke kristian ke dan macam2 lagi..bagi saya yang beragama Islam, lebih baik saya cerita solat seperti yang cikgu saya 'inform' dulu..hehehe...
dalam agama Islam, solat tue ada 5 fardhu iaitu 5 waktu yang wajib ditunaikan..Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'...setiap kali azan, pasti kita akan dengar ayat "Marilah mengerjakan SOLAT"...lepas tu kita akan dengar "marilah menuju kejayaan"..terang2 kita dapat lihat yang solat nie akan memberi kejayaan di dunia dan akhirat..bukan tu aje, kat dalam Al-quran pun ada ayat yang menyuruh kita menunaikan solat..di sini ada antara 3 ayat Al-Quran yang menyeru kita menunaikan solat:

1. Surah AlMaa’idah. Ayat 058.
Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan solat, mereka menjadikan solat itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.


2. Surah Saad. Ayat 043.
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).



3.Surah Yaasin. Ayat 067.
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang


jadi, marilah kita menunaikan solat agar mendapat rahmat daripadaNya..




isu hari ini

hari ni dalam kelas aplikasi komputer, 'grouping' berjalan dengan lancar..dapatlah sorang mentor..nadya nama diberi..tak pastilah nama penuh dia apa..hehehee...masa dah dalam group tue. en. azzwan bagi pulak undian untuk tema blog masing-masing..nak tau tajuk apa tak???ada sapa2 dapat agak tak???tema saya ialah SOLAT-SOLAT...dahsyat tak??jadi, sy akan cuba yang terbaik untuk tema saya ni...
habis je kelas aplikasi komputer, bergegaslah kaki ni berlari ke DK4 FEP sebab kelas komunikasi perniagaan mula pukul 2 ptg..tak ada gap langsung kan...masa dalam lecture, masuklah pulak calon PRK nak buat ucapan diorang..pakat cina je..tak ada orang melayu ke??hehe...apa pun kagum jugak la dengan diorang sebab boleh bercakap kat depan ramai orang..tak macam saya, dah la gagap pastu kelam kabut pulak tue..darah gemuruh kuat sangat..hahha..

Ni adalah tips nak hilangkan darah gemuruh tue..tak banyak..sikit pun jadilah..terutamanya untuk diri sendiri..

DOA MENGHILANGKAN DARAH GEMURUH
baca Bismillah

سَخِّرْلِيْ كُلَّ أَحَدٍ بِحَقِّ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَللَّهُمَّ اَحْطَعْ لِيْ كُلَّ مَنْ يَرَانِيْ مِنَ الْجِنِّ وَالاِنْسِ وَالطَّيْرِ وَالْوَحْشِ وَالْهَوَامِ

“Mudahkanlah wahai Tuhanku dan setiap orang dengan kebenaran kalimah Bismillahirrahmanirrahim, wahai tuhan Engkau tundukkanlah setiap yang melihat padaku, daripada jin, manusia, burung dan binatang buas dan lain-lain binatang.

1. anggap diri ngah bercakap sorang2 dan tak nampak sapa2 di depan...
2. berlatih bercakap depan cermin..
3. pegang sesuatu di tangan seperti pen atau penunjuk laser..


sambil menyelam minum air



entri hari nie..
baca entri mesti teringat pepatah melayu kan??
sambil menyelam minum air bermaksud sesuatu melakukan sesuatu perkara yag dilakukan ketika atau semasa melakukan pekerjaan yang lain..dalam kelas aplikasi komputer, masa encik azzwan sedang buat "grouping" untuk budak kelas nie, saya pun ambil kesempatan untuk mencoret sedikit kata-kata dalam blog saya..yela..tak kan la nak bazirkan masa macam tue..hehe..jahat tak??untuk hari ni, blog yang serius akan muncul bila saya balik kelas nanti ye..tunggu...

Saturday, 22 September 2012

sukarelawan (PALAPES UKM)


entri hari ni pasal sukarelawan..terang-terang tajuk entri pun mengenai sukarelawan..mestilah saya nak cerita pasal sukarelawan..bukan nak bangga tapi jujur saya katakan yang saya salah seorang daripada PALAPES yang berkhidmat di UKM..hehe..sebenarnya bukannya apa, cuma nak cerita pasal kerja kami la..namanya sukarelawan..suka dan tidak melawan..hahahahaa..semalam kami dapat arahan dari pihak atasan untuk bantu larian amal..tu la salah satu contoh tugas kami..cuma kerja kami ringan sikit la..jaga "checkpoint"..habis je, kami balik la..jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk "join" PALAPES, peluang masih dibuka ok..jadi, komen entri nie k...

JOM SERTAI PALAPES UKM!!!!!!!

Thursday, 20 September 2012

blog (^_^)

hari ni saya belajar mencantikkan blog..
masa google, tiba2 terasa macam nak cantikkan blog..
saya pun cari la mana2 blogger yang buat tutorial untuk blogger yang macam saya nie..

nie blog yang saya tinjau ~~~
http://www.lyssasecret.com

cuba la kalau nak cuba..
seronok pulak bila boleh cantikkan benda baru..huhu

Surya~salam nak kenal~!

assalamualaikum..salam perkenalan..
pertama sekali, tak tau la nak cakap apa sangat..
tp biarlah saya intro tentang diri ni..
nama diberi NOR SURYATI BINTI AIRUDDIN @ DIN..
anak perempuan tunggal kepada AIRUDDIN @ DIN BIN ARSHAD  dan ASMAH SHAHARUDDIN..
lahir pada 3 oktober 1992..
kalau nak tahu umur saya, kira la sendiri..jangan malas k!!  =)
asal dari PERAK..
semoga saya akan terus bergembira dengan aplikasi komputer..
saya la..anak din dan asmah =)