Monday, 24 September 2012

tema: SOLAT TIANG AGAMA

korang tau tak beza solat dengan sembahyang???menurut cikgu tuisyen saya masa tingkatan tiga, solat ni maknanye ibadah yang dilakukan oleh orang Islam untuk mendekatkan diri dengan Penciptanya..solat hanya digunakan untuk orang Islam je...tapi sembahyang pulak digunakan oleh semua jenis agama..tak kira la buddha ke kristian ke dan macam2 lagi..bagi saya yang beragama Islam, lebih baik saya cerita solat seperti yang cikgu saya 'inform' dulu..hehehe...
dalam agama Islam, solat tue ada 5 fardhu iaitu 5 waktu yang wajib ditunaikan..Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya'...setiap kali azan, pasti kita akan dengar ayat "Marilah mengerjakan SOLAT"...lepas tu kita akan dengar "marilah menuju kejayaan"..terang2 kita dapat lihat yang solat nie akan memberi kejayaan di dunia dan akhirat..bukan tu aje, kat dalam Al-quran pun ada ayat yang menyuruh kita menunaikan solat..di sini ada antara 3 ayat Al-Quran yang menyeru kita menunaikan solat:

1. Surah AlMaa’idah. Ayat 058.
Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan solat, mereka menjadikan solat itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.


2. Surah Saad. Ayat 043.
Dan Kami kurniakan (lagi) kepadanya keluarganya, dengan sekali ganda ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang berakal sempurna (supaya mereka juga bersikap sabar semasa ditimpa malang).



3.Surah Yaasin. Ayat 067.
(Kekuatan akal fikiran mereka juga tidak sihat) dan kalau kami kehendaki, kami berkuasa mangubahkan keadaan jasmani mereka (menjadi kaku beku) di tempat yang mereka berada padanya; maka dengan itu, mereka tidak dapat mara ke hadapan dan juga tidak dapat undur ke belakang


jadi, marilah kita menunaikan solat agar mendapat rahmat daripadaNya..




No comments:

Post a Comment