Thursday, 29 November 2012

kesilapanku keEGOanmu~

wahhh~~~ ayat tajuk macam lagu la..mesti pernah dengar kan???hehehe...mustahil lah kalau kata tak pernah dengar terutamanya peminat SITI NUR HALIZA..ego..tahu tak apa itu EGO???

Ego:
ego bermaksud persepsi seseorang tentang harga dirinya, yang seterusnya mempengaruhi keyakinan dirinya. (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=maruah&d=10 )

jadi, sebenarnya sifat ego perlu ada..tetapi janganlah keterlaluan..kerana kelak boleh meracun diri..tetapi bagi  jiwa remaja yang sering dikaitkan dengan ego dalam kehidupan seharian..adalah lebih baik untuk tidak mempunyai sifat sedemikian,,ini kerana kebanyakan remaja yang mempunyai ego yang tinggi akan membawa kepada kemerosotan terutamanya dalam sesi pembelajaran..

contoh : si A dan si B terlibat dalam konflik..dan mereka adalah sahabat yang amat rapat seperti belangkas..ketika berlaku krisis, si A dan si B bermasam muka..tetapi di hati masing2 ego untuk mengakui silap sendiri..jadi, tiada jalan penyelesaian yang dicapai unuk menyelesaikan konflik disebabkan ego..

Tuesday, 27 November 2012

SEMINAR penghayatan SOLAT~~

assalamualaikum..pada hari ahad yang lalu..PALAPES telah mengikuti seminar solat yang telah diadakan di PUSANIKA..best..sedarlah bahawa untuk mendapatkan agama yang sempurna di jiwa kita adalah tunggaknya kepada solat..solat sempurna akan menjamin agama yang sempurna..kita pernah mendengar "amar makruf nahi mungkar"..sesungguhnya agama itu adalah menjauhkan kita dari perkara mungkar...

seperti yang dikatakan oleh Ustaz Kasnan..
"kalau sempurna solat seseorang itu, hati dia tak akan membenarkan dia melakukan perkara yang dilarang..contohnya, perempuan yang sempurna menutup aurat di dalam solat tidak akan menutup auratnya ala kadar di luar solat..sebeb hatinya dah penuh dengan agama..bagaimana??dengan sempurna solat yang ditunaikan..."

beliau juga ada menyediakan sebuah buku yang menceritakan perihal solat yang sempurna..berdasarkan hadis..ni buku yang diterbitkan beliau..

carilah..demi mendapat agama yang penuh di dada..banyak manfaat buku ni..kalau boleh, andai Ustaz Kasnan mengadakan majlis ilmu seperti solat yang kami sertai, amatlah berterima kasih kepada beliau..marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau dan keluarga semoga beliau dan keluarganya sentiasa mendapat berkat illahi..amin~~

Monday, 26 November 2012

microsoft access

assalamualaikum sebagai pembuka bicara kita pada saat ini..hehe..psiko je~ ok..terus kepada topik k...hari ini topik kita mengenai microsoft acces..tadi masa kelas, buatlah latihan..blurr sangat..tak tahu satu apa pun..sebenarnya tak boleh focus langsung buat buat latihan tadi..faktornya ada..bukannya tak ada..hehe...pertama sebab mengantuk..kedua, lapar..ketiga, tak tahu satu apa pun..masa encik azzwan cakap siapa tak tahu apa2 dan kosong..saya dah angkat tangan..tapi mungkin encik azzwan tak perasan..jadi, saya pun buat saje lah kerja saya sendiri..selongkar orang lain punya latihan..haha...maaf encik,..saya akan cuba belajar sendiri...saya akan cuba dapatkan yang terbaik...

Friday, 23 November 2012

cuti midsem


assalamualaikum..maaflah lambat pulak nak sambung cerita mengenai hari tu..bukan lupa..tapi saya balik ke kampung sebab ada perkara yang memerlukan saya berada di kampung..ok, berbalik pada entri saya hari tu, saya dah janji nak cerita pasal kem yang kami pergi masa cuti mid sem kan..kami pergi GURUN,KEDAH..kem menembak...bagi seorang inter yang mengendalikan senjata bantuan dengan menggunakan kudrat yang ada, maka terangkatlah jua senjata M203..berat wei..tapi sebelum tue kami ada guna senjata GPMG..nak tahu macam mna, tengok la kat google..hehe..tak boleh la nak cerita dengan terperinci sebab ada yang cakap apa yang kami belajar tak boleh didedahkan..entah..menjaga rahsia negara dengan seketat-ketatnya..yang pasti, itulah puncanya muka yang sedia gelap semakin bertambah gelap dimamah sang suria..ceh..puitis la pula..hahha..

masa dekat sana, kami ditegaskan agar tidak buat perkara larangan..sebab tempat tu "keras"..hahaa..tapi tak pula dengar cerita macam2 kat sana..bila dah sampai UKM ni, barulah dengar cerita yang berunsur seram..ada salah seorang skuad saya cerita yang mana bilik yang saya huni sementara adalah bilik paling tragis..rupanya ada seorang junior "kena"..entah betul entah tidak kesahihannya..
"wei..sape blok A masa kat GURUN???"
"aku~!! aku~~!!"
"ko tahu tak ada junior blok ko kena kacau???"
*geleng-geleng*
"haaa~~ tu la aku nak cerita ni..ada junior blok ko kena kacau..kaki dia kena angkat..tapi ada orang tegur, terus turun balik kaki dia..dia pun tak sedar kaki dia kena angkat...seram tak??"
p/s: nilai moral di sini, bukan kita sahaja yang hidup di dunia ni...dan apabila di tempat orang, janganlah buat macam tempat sendiri..hormat tempat orang..orang pun tak akan kacau kita...

Monday, 19 November 2012

penantian~

assalamualaikum..dah lama sangat tak update blog..bukan sebab sengaja ye..ada sebab2 tertentu..almaklum la..saya ni aktif orangnya..bila dah join dengan palapes, kena la focus pada palapes walaupun di musim cuti..seminggu cuti mid-sem, kami sebagai bakal leftenan muda, diwajibkan mengikuti latihan lanjutan..nanti saya cerita apa sahaja yang kami lakukan ketika latihan lanjutan..sehingga menyebabkan muka dah jadi cam arang..tunggu~

Thursday, 8 November 2012

keheningan MALAM~~

di saat ini, saya masih lagi mengadap laptop..untuk apa???saya pun kurang pasti..mata yang masih bengkak sebab saya menangis tadi, saya masih tak dapat hilangkan..tak tahulah kenapa saya sensitif sejak akhir-akhir ini..mungkinkah disebabkan faktor kekurangan tenaga akibat tidak menjaga cara pemakanan sendiri..baru sahaja sebentar tadi, saya merasa terkilan dengan rakan..kerana mukanya yang sentiasa ceria berubah seperti orang stress..bila bertanya, katanya tiada apa2..tiba2 saya berkecil hati dengan layanannya..kenapa ya???di kala ini, saya menangis lagi..hanya kerana mendengar lagu yang dinyanyikan Adam Ahmad-Kau Pergi Jua...sedih sangat ke lagu ni???entah la..

Tuesday, 6 November 2012

carta graf KESIHATAN~

Assalamualaikum..di sini saya ingin menyampaikan salah sebuah graf..yang saya cipta khas untuk diri saya sendiri..kenapa??sebab sejak dua menjak ini, rekod kesihatan say adalah tidak memuaskan..kejap naik kejap turun ..tengok saja lah ubat yang saya ada...tapi dah habis,..gambar pun dah padam..tak boleh nak tunjuk..sory k..huhuhuhuu...


Monday, 5 November 2012

solat JEMAAH =)

assalamualaikum..jam 1620..berkumamndang azan di kolej Tun Husssein Onn..semestinya lah dalam UKM.,.seronok dengar azan..tapi sering tertanya..kenapa kaki ni berat sangat nak melangkah ke masjid atau surau berdekatan..bukan jauh pun..tapi kenapa perasaan malas tue menguasai??berapa kerat je yang mengimarahkan tempat macam tu..tapi kalau bab hal dunia, tak payah suruh..konfem penuh..termasuk lah diri nie..sedangkan kebaikannya solat jemaah di rumah ALLAH lebih banyak faedahnya..nak tahu kelebihan solat jemaah..setahu saya, solat jemaah lebih besar pahalanya daripada solat sorang..27 kali ganda ..terkejut tak??jangan terkejut..ini kerana, kita pun sedia maklum bahawa ALLAH itu Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..Dia sayangkan hambaNya..sebab tu senang saje nak dapat ganjaran..cuma pergi je mana2 rumah ALLAH..takkan ada sesiapa nak halau la..ada satu cerita nie;

seorang hamba ALLAH ni selalu solat jemaah ni masjid..tapi pada suatu hari, beliau tertidur di masjid dan tertinggal solat jemaah..kemudian beliau tersedar..dan beliau solat semula sebanyak 27 kali solat fardhu tersebut..kemudian beliau tidur lagi dan bermimpi..dalam mimpi tersebut, beliau menunggang kuda..tetapi dirasakan kudanya bergerak sangat perlahan..kemudian beliau terjumpa segerombolan penunggang kuda yang lain..tapi mereka sangat laju..dan beliau bertanya..menagap kudanya sangat perlahan..jawab salah seorang dari gerombolan tadi, ini kerana kami solat berjemaah..walaupun anda menunaikan solat fardhu berseorangan tadi sebanyak 27 kali, pahala tersebut tetap sedikit dan tidak mungkin menyamai pahala solat berjemaah kami...

jadi, daripada cerita ini, peringatan buat diri sendiri dan anda semua, marilah kita menunaikan fardhu secara berjemaah...sesungguhnya ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..Wallahu'alam..

Saturday, 3 November 2012

solat sunat TAUBAT~~

assalamualaikum awak semua..di kesempatan ini izinkan saya untuk memberi sedikit sebanyak kata2..korang mesti pernah buat dosa kan???tipu la kalau tak pernah..kita ni manusia..mana ada yang sempurna..kenalah minta maf ye dak????kalau kita buat salah, takkan lah kita selalu biar je salah kita tu biar macam tu aje..mestilah kita akan buat sesuatu untuk itu kan..tapi untuk menjaga hubungan kita dengan ALLAH..kita seeloknya buatlah solat sunat taubat...sesungguhnya pintu taubat sentiasa terbuka..tapi jangan pulak dah lepas taubat, kita tau buat balik,..tak patut..tak patut..ish..ish..ish...taubat biarlah sebenar benar taubat..orang panggil apa ye???haa~~ taubat nasuha...macam mana???tanya saya macam mana???senang saje..dua rakaat je pun...bukannya lama pun nak buat..tak sampai lima minit pun..kalau nak tahu caranya, korang boleh lah search kat internet..tengok je kat google..kan???selamat mencuba..

Thursday, 1 November 2012

diari~~~

assalamualaikum...hari ni saya nak cerita mengenai aktivit hari nie..pagi2 dah kena bangun siap2 pergi kerja..sedih kan???masa belajar pun kena kerja..al maklum lah ekonomi meleset..terpaksalah kerah segala tenaga untuk dapat duit lebih..habis je kerja jam 11 pagi tadi, berlari la pulak mencari pengesahan..pengesahan untuk apa???hehehe..ni yang nak cerita nie..semalam, masa kerja, ibu kat kampung telefon..suruh fax i/c, lesen dan kad matrik..pelik juga..rupanya nak beli kereta..dengar memang seronok..tapi takut tak dapat kelulusan dari pihak bank pulak..lepas tu, banyak pulak halangan nak fax tu..dengan kabur..pegawai nak sah dokumen pulak ramai yang pergi mesyuarat..tapi nasib baik lah ada seorang dekat pejabat dekan..dapatlah cop..tapi masa fax, talian sibuk la...tapi dapat lah juga hantar..pagi tadi tiba2 dapat mesej cakap kena hantar lagi sekali...sebab kabur..tapi email je..dah la suruh email..tapi email pulak tak diterima..rupa2nya sebab email tu dah lama..jadi, rasanya nak dapat kereta tu lambat lagi la..kena tunggu dah kerja baru dapat...
sekian sahaj cerita saya untuk hari ini...   =)