Friday, 23 November 2012

cuti midsem


assalamualaikum..maaflah lambat pulak nak sambung cerita mengenai hari tu..bukan lupa..tapi saya balik ke kampung sebab ada perkara yang memerlukan saya berada di kampung..ok, berbalik pada entri saya hari tu, saya dah janji nak cerita pasal kem yang kami pergi masa cuti mid sem kan..kami pergi GURUN,KEDAH..kem menembak...bagi seorang inter yang mengendalikan senjata bantuan dengan menggunakan kudrat yang ada, maka terangkatlah jua senjata M203..berat wei..tapi sebelum tue kami ada guna senjata GPMG..nak tahu macam mna, tengok la kat google..hehe..tak boleh la nak cerita dengan terperinci sebab ada yang cakap apa yang kami belajar tak boleh didedahkan..entah..menjaga rahsia negara dengan seketat-ketatnya..yang pasti, itulah puncanya muka yang sedia gelap semakin bertambah gelap dimamah sang suria..ceh..puitis la pula..hahha..

masa dekat sana, kami ditegaskan agar tidak buat perkara larangan..sebab tempat tu "keras"..hahaa..tapi tak pula dengar cerita macam2 kat sana..bila dah sampai UKM ni, barulah dengar cerita yang berunsur seram..ada salah seorang skuad saya cerita yang mana bilik yang saya huni sementara adalah bilik paling tragis..rupanya ada seorang junior "kena"..entah betul entah tidak kesahihannya..
"wei..sape blok A masa kat GURUN???"
"aku~!! aku~~!!"
"ko tahu tak ada junior blok ko kena kacau???"
*geleng-geleng*
"haaa~~ tu la aku nak cerita ni..ada junior blok ko kena kacau..kaki dia kena angkat..tapi ada orang tegur, terus turun balik kaki dia..dia pun tak sedar kaki dia kena angkat...seram tak??"
p/s: nilai moral di sini, bukan kita sahaja yang hidup di dunia ni...dan apabila di tempat orang, janganlah buat macam tempat sendiri..hormat tempat orang..orang pun tak akan kacau kita...

No comments:

Post a Comment