Tuesday, 23 October 2012

yeay~~!! cuti raya~~

Assalamualaikum..
tahu tak esok hari apa???esok kita balik kampung~~!!! yeahhh...hahahaha...siapa yang tak balik kampung masa raya??ada ke yang nak duduk menginap kat ukm ni sampai bila2...orang nak beraya dengan keluarga..tak kan nak duduk kat ukm ni..dengar takbir pun nak menangis sebab sorang2..sedih kan??baik balik kampung..buat persiapan raya dengan keluarga..kumpul dengan keluarga..tambah2 saya, adik beradik semua duduk jauh2..kelantan..sarawak..pahang..semua jauh..dan jarang sangat nak jumpa..

masa raya macam ni la nak kumpul kan???ye tak???tapi sebelum tue, kenalah buat persiapan dulu..apa persiapannya????antara persiapan yang patut kita buat..


  1. pastikan tiket dah sedia
  2. barang2 nak bawa balik semua dah kemas
  3. pastikan segala benda alah yg bertimbun dalam baldi, tong sampah sebagainya dah lenyap..
  4. lu fikirlah sendiri~
takkanlah semua benda kena senarai ye tak???benda korang, korang sendiri la senaraikan..tapi jangan lupa, masa dan tak kira di mana pun kita berada, ingatlah ALLAH...
Selamat hari RAYA~~!!!!

Monday, 22 October 2012

solat sunat Aidil Adha

assalamualaikum...hari ni saya rajin sikit...tadi dah post satu entri, sekarang nak post lagi..hehe..sekarang ni dalam mood nak balik raya kat kampung kan???tak sabar rasanya..tapi sebelum tue, nak ingatkahlah kat korang..masa pagi raya nanti, jangan lupa solat hari raya pulak ye..solat sunat hari raya aidiladha tue apa erk???solat nie adalah sunat muaakkad, yang dilakukan pada waktu pagi 10 Zulhijah. Ia merupakan penghormatan dan kesyukuran kepada umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Solat Sunat Aidil Adha (Hari Raya Korban) digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan haiwan koban..takkanlah dah tengah hari baru nak sembelih binatang semeblihan kan??korang tahu tak cara nak solat nie???jom terjah..!

1.  Niat:

اُصَلِّىْ سُنَّةَ عَيْدِ اْلاَضْحَى رَكْعَتَيْنِ (إِمَامًا / مَأْمُوْمًا) لِلَّهِ تَعَالَى

Daku bersolat sunat Aidil Adha, dua raka’at (imam / makmum) kerana Allah Ta’ala.

.

.

2.  Pada rakaat pertama:

   a.  Selepas mengucapkan lafaz Takbiratul-ihram dan membaca doa Iftitah, bertakbirlah (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 7 X dan diselangi bacaan Tasbih:

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Setelah bertakbir dan bacaan tasbih ke-tujuh, bacalah surah al-Fatihah dan surah al-Qafatau al-A’laa atau Al-Khafiruun.
.
c.      Lakukan rukun seterusnya seperti solat biasa.
.
.
3.  Rakaat ke-dua:
a.     Bangun dari sujud, bertakbir (اَلله ُ اَكْبَرُ) sebanyak 5 X, diselangi lagi tasbih seperti rakaat pertama.

سُبْحَانَ اللهِ  وَالْحَمْدُ لِلَّهِ  وَلآ اِلَهَ اِلاَّ الله ُ وَالله ُ اَكْبَرُ  وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar. Tiada daya dan upaya melainkan dengan kekuatan yang Maha Tinggi lagi Maha Agong.
.
b.    Membaca Al-Fatihah dan Al-Ghaasyiyah atau Al-Ikhlas.
.
c.     Teruskan sebagaimana solat yang lain sehingga selesai salam ke-dua.

-TAMAT-

cemburu???


untuk apa lagi..
kita meneruskan..
andai tiada kemesraan..
teramat sayang untukku buang..
namun pahitnya ntuk ku telan...

assalamualaikum..mesti nak tahu kenapa sedih sangat ayat kat atas nie kan???angguk ke tak?? sebenarnya ayat kat atas ni sebahagian daripada lirik lagu "melangkah terpaksa- AZI"..korang blh tekan link kat bawah kalau nak dengar lagu nie..
cuba la try test dengar k~!!

tapi bukan lagu ni jadi topik hari ni..topik hari ni nak cakap mengenai CEMBURU..cemburu tu apa??mestilah korang tahu kan..mustahil tak tahu...cemburu ni merujuk pada perasaan atau emosi seseorang yang berasa tidak puas hati dengan apa yang diperoleh oleh orang lain..selalunya cemburu dikaitkan dengan sesuatu perhubungan...contohnya, seorang gadis cemburu apabila melihat lelaki yang disayanginya bersama wanita lain..itulah lumrah dalam perhubungan..cemburu tandanya sayang...kadangkala, cemburu juga boleh menghancurkan sesebuah perhubungan yang sedia terjalin jika tidak dikawal dengan cara yang betul..

mesti korang tertanya tanya kenapa saya mengambil tajuk cemburu sebagai bahan hari ni kan??sebabnya..selama ni saya pelik dengan mr.A nie...kebiasaannya bila saya buka peti mesej dalam muka buku die, tiada langsung mesej..mustahil tiada siapa pun teman boraknya dalam muka buku...jadi, untuk mengukuhkan tali perhubungan yang ada, saya tanam kepercayaan 100%..tapi ingatkan panas berpanjangan..rupanya gerimis di tengah hari..nak buat macam mana...sepandai-pandai tupai melompat,jatuh  juga ke tanah..tadi, saya cuba la terjah lagi..amboi..tuu diaaa...amik kaw~!! awek mana saya pun tak tahu la..perasaan hancur...tapi saya diamkan saja..sampai sekarang saya tak tahu nak buat apa..cembur???ya..memang saya cemburu..walaupun saya tiada hak untuk cemburu..tapi tak mengapalah..mengalah tak bermakna kalah..

aku pasrah aku redha..
dengan apa yang terjadi..
ku doakan agar dikau..
bahagia...di sampingnya...

kalau korang nak tahu lagu apa pula..cuba la cari kat google..   =') 


Tuesday, 16 October 2012

pusat kesihatan (PK)

hai hei hoi~...hehehe..entri hari ni nak imbau balik pasal hari2 sebelum nie..ok..masa hari Isnin, selepas habis kelas En. Azzwan, bergeraklah saya dengan Rohana pergi mengisi perut...kemudian, terus pergi PK..tapi PK kat sini bukan bermaksud Pegawai Kadet..maksudnya adalah Pusat Kesihatan..al maklum lah orang tak sihat kan..
masa buat pemeriksaan, doktor suruh buat urine test..malu~
tapi nak buat macam mana kan..terima saje la..resultnya, saya punya urine positive 3..takut..kawan cakap sepatutnya negatif..macam mana boleh jadi negatif...berpenyakit sangat ke saya ni???
lepas habis tue, dapat la ubat..mengalahkan orang sakit jantung..ubat demam..gastrik..antibiotik..entah la..saya pun insan yang lemah..ujian dari ALLAH..redha je la..

tema: solat JENAZAH

assalamualaikum...
tiba2 terlintas memori masa kecil dulu..kalau ada orang meninggal je, mesti takut..takut hantu..mesti fikir yang jenazah tue akan jadi hantu..jadi, lebih rela duduk kat rumah dari pergi ziarah..tapi dah besar sikit, kita pun boleh fikir dengan waras...kita pun akan jadi macam tue juga..sampai bila kita nak takut..maut tue akan muncul juga satu hari nanti..cuma kita tak tahu bila masanya tiba..tak semestinya kena tunggu tua baru nak taubat..tak semestinya kita akan mati masa atas katil..dalam kereta pun boleh...hanya Tuhan saja yang tahu..jadi, entri kali ni nak cerita la mengenai solat jenazah..kenapa nak buat solat nie??orang tue kan dah meninggal..bukannya dia boleh hidup balik..kan Nabi pernah bersabda ;

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

tak pula Nabi bersabda orang tue akan hidup balik masa tue..tapi kenapa nak solatkan jenazah tersebut???ada sebabnya..sebabnya Allah s.w.t. Memberi Syafaat Kepada Seseorang Dengan Sebab Jenazahnya Disolatkan Oleh 40 atau 100 Orang Yang Beriman.. haaa..jadi, mesti nak tahu kan macam mana cara nak solat..saksikan video nie..moga kita mendapat manfaat darinya...







Monday, 15 October 2012

JUNIOR~~~

Junior, junior~
engkaulah ratu hatiku..
bila ku berduka..
engkau hiburkan selalu..
junior..junior~~
engkaulah 'ratu' hatiku......~

assalamualaikum...salahkah bila kita nak mengajar benda yang sebenar???bila di ajar, katanya dera..habis tue, apa sebab masuk benda yang memang kita dah sedia maklum berunsur ketegasan...seniority selalu ditekankan..tapi pernah tak terfikir yang kami terasa kami ni junior sampai bila-bila..tak buat salah..buat pun salah..kena marah kami juga..semua sebab orang lain...rintihan dari seorang inter~

Thursday, 11 October 2012

sahabat

assalamualaikum...
entri hari ni kalau tak lain tak bukan mestilah mengenai sahabat..boleh fikir sendiri bila terbaca tajuk ni..bagi saya sahabat adalah seseorang yang boleh berkongsi segala benda..sama ada suka atau duka...tapi kadang kala dalam sesuatu perhubungan itu pasti ada ketidakserasian dalam sesetengah perkara..nak tahu sebab saya cerita mengenai sahabat nie???kisahnya bermula~
baru2 nie saya ada masalah..dengan harapan kawan tersebut jadi tempat mengadu (cukup mendengar sahaja), saya pun ceritalah masalah saya pada dia..bagi saya, tidak perlu lah menyebarkan cerita tersebut..kerana kalau perkara yang akan memalukan saya, saya rasa dia sebagai pendengar perlulah simpan sebaik mungkin..tapi beberapa hari selepas itu, kawan saya yang lain bertanyakan masalah tersebut..hairan..macam mana dia boleh tahu..rupanya dia tahu dari kawan saya tersebut..
rasa geram dan macam2 lagi muncul dalam hati..sehingga sekarang saya tak tahu nak buat apa..bila kenangkan dia, saya rindu untuk duduk semeja dan bergurau seperti dulu tapi terpandang sahaja dirinya, hati sebak kerana sanggup dia mungkir janji supaya akan simpan cerita saya dan tidak akan bagi tahu sesiapa..sekali terluka, sampai bila2 terasa...tapi saya rindu dia sebagai teman saya..

Tuesday, 9 October 2012

tema: SOLAT SUNAT HAJAT


assalamualaikum untuk semua kaum muslimin dan muslimat..dan salam sejahtera bagi yang bukan islam..entri kali ni nak menyentuh mengenai solat sunat hajat??semua orang mesti ada hajat masing2 kan..mustahil la kalau tak ada hajat a.k.a keinginan langsung kan..jadi, baik umat nabi ALLAH, kita ada cara tertentu untuk memohon hajat..kita boleh menadah tangan berdoa..dan kita boleh buat solat sunat hajat..dan macam2 cara lagi..tapi hari ni nak cerita solat sunat hajat je la..
solat sunat hajat ni ada dua rakaat saje..bila kita mengharapkan sesuatu, kita boleh buat solat nie..tapi kalau ALLAH tak memakbulkan apa yang kita hajati, janganlah kita terus menghindarkan diri dari ALLAH..ketahuilah bawa ALLAH merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita...
awak semua tahu atau tak macam mana nak tunaikan solat nie????mari saya ajar k~~

1. mula2 kenalah lafaz niat..sahaja aku solat sunat hajat dua rakaat tunai kerana ALLAH taala...
2. kemudian, solat la macam biasa..rakaat pertama selepas AL-Fatihah, saya selalu baca ayat kursi 7 kali..rakaat kedua pula, saya baca surah Al-Ikhlas 7 kali juga...
3. solat la macam biasa..
4. masa lepas bagi salam, terus sujud balik..dan mohon la apa yang kita hajati..
5. pas habis sujud.. zikir la apa pun..

haaaaaaaa.....mudah tak???itu cara saya la...jadi, jom lah perbanyakkan ibadah..bukan dapat pahala je, tapi ALLAH juga akan tunaikan apa yang kita hajati..sama ada cepat atau lambat..kalau tak dimakbulkan, ALLAH akan bagi benda lain tau..jangan berputus asa pada ALLAH..
"SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI"..

Friday, 5 October 2012

tema: solat JUMAAT~

salamualaik~
disebabkan hari ni hari JUMAAT, jadi apa kata saya sembang pasal solat jumaat..ye tak??kan ada juga faedahnye..solat jumaat adalah solat untuk kaum lelaki muslim yang wajib ditunaikan setiap hari jumaat..jadi, tak adalah solat zohor masa hari tue sebab dah digantikan dengan solat jumaat..untuk kaum adam je la ye..kaum hawa tetap kena solat zohor seperti biasa..perbezaan solat zohor dengan solat jumaat ni ada banyak..tapi saya cerita dua je la..satu, solat zohor ada empat rakaat kan...tapi solat jumaat ada dua je..iaitu selepas dengar khutbah jumaat...yang kedua, solat jumaat ni khas untuk orang lelaki sahaja...tak perlu untuk kaum perempuan..sebab solat jumaat ni perlu dilakukan secara berjemaah di masjid dengan syarat-syarat tertentu..kat sini ada SYARAT SAH solat jumaat~~khas untuk kaum ADAM..

  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.
jadi, bagi muslimin sekalian..kerjakanlah solat..sesungguhnya solat itu tiang agama..WAJIB!!!!

Thursday, 4 October 2012

Sejarah Tahun INI~

assalamualaikum..hari ni..masing2 ada sejarah masing kan??untuk minggu nie, saya ada sejarah sendiri yang akan dikenang mungkin ke akhir hayat..boleh cerita kat waris..hehehehe..ceritanya bermula pada malam selasa di mana skuad saya mengadakan perjumpaan..kemudian, ada perkara yang koperal suruh saya lakukan pada malam tue jugak..tapi kerja tue tak selesai sebab salah seorang rakan tiada di bilik..tak semena mena saya yang dimarah oleh koperal dan sarjan..hampir saja menitik airmata dikenakan denda..tapi apa boleh buat..salah saya juga..hehee..kemudian saya disuruh "lapor" bilik tanpa tahu apa salah saya..rupanya adalah perangkap supaya saya keluar dari bilik..sebenarnya ia adalah rancangan menyambut hari lahir yang ke 20~~~ =)
habis saja jamuan kecil, saya kesejukan disimbah air oleh rakan2..hehehe..sue sayang skuad sue...hehehe..