tiba2 terlintas memori masa kecil dulu..kalau ada orang meninggal je, mesti takut..takut hantu..mesti fikir yang jenazah tue akan jadi hantu..jadi, lebih rela duduk kat rumah dari pergi ziarah..tapi dah besar sikit, kita pun boleh fikir dengan waras...kita pun akan jadi macam tue juga..sampai bila kita nak takut..maut tue akan muncul juga satu hari nanti..cuma kita tak tahu bila masanya tiba..tak semestinya kena tunggu tua baru nak taubat..tak semestinya kita akan mati masa atas katil..dalam kereta pun boleh...hanya Tuhan saja yang tahu..jadi, entri kali ni nak cerita la mengenai solat jenazah..kenapa nak buat solat nie??orang tue kan dah meninggal..bukannya dia boleh hidup balik..kan Nabi pernah bersabda ;
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
tak pula Nabi bersabda orang tue akan hidup balik masa tue..tapi kenapa nak solatkan jenazah tersebut???ada sebabnya..sebabnya Allah s.w.t. Memberi Syafaat Kepada Seseorang Dengan Sebab Jenazahnya Disolatkan Oleh 40 atau 100 Orang Yang Beriman.. haaa..jadi, mesti nak tahu kan macam mana cara nak solat..saksikan video nie..moga kita mendapat manfaat darinya...
No comments:
Post a Comment