Thursday, 11 October 2012

sahabat

assalamualaikum...
entri hari ni kalau tak lain tak bukan mestilah mengenai sahabat..boleh fikir sendiri bila terbaca tajuk ni..bagi saya sahabat adalah seseorang yang boleh berkongsi segala benda..sama ada suka atau duka...tapi kadang kala dalam sesuatu perhubungan itu pasti ada ketidakserasian dalam sesetengah perkara..nak tahu sebab saya cerita mengenai sahabat nie???kisahnya bermula~
baru2 nie saya ada masalah..dengan harapan kawan tersebut jadi tempat mengadu (cukup mendengar sahaja), saya pun ceritalah masalah saya pada dia..bagi saya, tidak perlu lah menyebarkan cerita tersebut..kerana kalau perkara yang akan memalukan saya, saya rasa dia sebagai pendengar perlulah simpan sebaik mungkin..tapi beberapa hari selepas itu, kawan saya yang lain bertanyakan masalah tersebut..hairan..macam mana dia boleh tahu..rupanya dia tahu dari kawan saya tersebut..
rasa geram dan macam2 lagi muncul dalam hati..sehingga sekarang saya tak tahu nak buat apa..bila kenangkan dia, saya rindu untuk duduk semeja dan bergurau seperti dulu tapi terpandang sahaja dirinya, hati sebak kerana sanggup dia mungkir janji supaya akan simpan cerita saya dan tidak akan bagi tahu sesiapa..sekali terluka, sampai bila2 terasa...tapi saya rindu dia sebagai teman saya..

No comments:

Post a Comment