Thursday, 20 December 2012

Thursday, 13 December 2012

khamis~

disebabkan hari khamis saya mempunyai satu sahaja kelas, jadi saya menghabiskan masa dengan tidur..sia-sia mak bapak hantar ke sini tapi saya menghancurkan kepercayaan yang diberi..apa la yang saya melalut ni..sebenarnya kerja assignment terlalu banyak untuk diceritakan..tetapi tak semua yang memerlukan hasil perseorangan..apakah yang anda rasa apabila diri anda digunakan untuk menyiapkan tugasan yang memerlukan kehendak berkumpulan..mungkin bagi mereka yang mempunyai kelapangan adalah perkara mudah..tetapi bagi saya yang menurut arahan pihak atasan dalam sesetengah program dan tanggungjawab kepada kerja sambilan, masa yang terluang yang dimiliki adalah sangat terhad..

bukan merungut..ya, saya mengaku salah saya yang tidak mengenali ahli kumpulan,..tetapi beratkah untuk mereka menghubungi saya untuk bertanyakan mengenai kerja temuramah...akhirnya laporan hanyalah disiapkan saya seorang dengan alasan saya tidak membuat kerja sebelumnya,,

Tuesday, 11 December 2012

solat TERAWIH a.k.a TAWARIH(upin ipin)

assalamualaikum..
mesti anda pelik kan bila saya post entri ni sebab terawih semua orang sedia maklum ianya ditunaikan di bulan Ramadhan sahaja.. tapi kenapalah anak pak din dan puan asmah ni menceritakan mengenai solat terawih pada kali ini..ala~~~ salah ke?bukan selalu pun..sekadar menambah ilmu dan menyebarkan ilmu..tak salah pun kan..lagipun saya baru lepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias..tajuk ceramah tu "di gigit jin" tapi secara keseluruhannya menceritakan mengenai solat sunat terawih..

dalam ceramah tu, ada disebutkan mengenai satu kisah ;
1) solat terawih adalah solat yang tenang-tenang.. orang sekarang ni suka mempertikaikan mengenai bilangan rakaat..apabila si A buat 8 rakaat, si B cakap buatlah 20 rakaat..pahala lebih sikit..padahal yang 20 rakaat solat macam bas ekspres..tanpa henti..laju bukan main..buatlah berapa rakaat..tetapi yang tidak boleh ialah mewajibkan perkara yang sunat...paling kurang terawih adalah 8rakaat..
2) janganlah kita pertikaikan orang yang solat 20 rakaat andai kita tak mampu solat 8rakaat seperti Nabi S.A.W solat 8 rakaat..sehingga Siti Aisyah r.a berkata "janganlah kamu tanya berapa lama nabi solat..satu rakaat Nabi solat 3 juzuk..kadang kala 5 juzuk.."

jadi, janganlah kita mempertikaikan ibadah orang lain..padahal hanya ALLAH sahaja yang boleh menilai ibadah seseorang...wallahu'alam~


Friday, 7 December 2012

solat sunat ISTIKHARAH~~

assalamualaikum...solat sunat istikharah??apa tue???solat sunat istikharah ialah solat minta petunjuk..selalunya orang buat solat sunat ni untuk minta petunjuk bagi jodoh seseorang itu..tapi solat sunat ini adalah untuk minta petunjuk dalam segala perkara daripada Allah yang Maha Esa..nak tahu bagaimana nak laksakannya??macam ni~~

Lafaz niat:-
Sahaja Aku sembahyang sunnat istikharah 2 rakat tunai kerana Allah Ta’ala



Rakaat pertama-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-kafirun



Rakaat kedua-
Baca surah Al-fatihah dan surah Al-ikhlas



Selepas salam, bacalah doa yang disarankan dalam istikharah.
Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t.

Bacalah doa yang mana ertinya~~

“Ya Allah, aku memohon petunjuk memilih yang baik dalam pengetahuanMu, aku mohon ditakdirkan yang baik dengan kudratMu, aku mengharapkan kurniaMu yang besar. Engkau Maha Kuasa dan aku adalah hambaMu yang dhaif. Engkau Maha Tahu dan aku adalah hambaMu yang jahil. Engkau Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang tersembunyi.
Ya Allah, jika hal ini dalam pengetahuanMu adalah baik bagiku, baik pada agamaku, baik pada kehidupanku sekarang dan masa datang, takdirkanlah dan mudahkanlah bagiku kemudian berilah aku berkah daripadanya.
Tetapi jika dalam ilmuMu hal ini akan membawa bencana bagiku dan bagi agamaku, membawa akibat dalam kehidupanku baik yang sekarang ataupun pada masa akan datang, jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya. Semoga Engkau takdirkan aku pada yang baik, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas setiap sesuatu.”





Thursday, 6 December 2012

boboy~~

Dimanakah cinta setiamu kepadaku
Dikala cinta membara
Kau hilang entah kemana

Hadirmu bagai permata
Tapi hancurnya bagaikan kaca

Kau permainkan cinta
Dengan rayuan dusta
Kata manis bermadu pesona

Kuminum racunya
Rasanya penuh bisa
Hingga aku lemas kecewa

Usahlah berbicara
Tentang cinta dan sayang
Jika hanya kasihmu
Hanyalah sementara

Bicara tentang cinta
Tak usah diperdaya
Kelak binasa jiwa
Lesu tak bermaya

Kupasrah walaupun parah
Jiwa membara tak berharga...

cuba korang fahami lirik lagu ni..ada kena mengena dengan kehidupan korang yang bercinta tak???kenapa terusik pula hati ni bila mendengar lirik lagu ni??